Pilih Bahasa :   

 

RAL Plantations Sdn Bhd telah ditubuhkan di Malaysia pada tahun 2009 sebagai sebuah entiti milik persendirian untuk menceburi bidang penanaman Agarwood atau lebih dikenali sebagai Gaharu, secara lebih mampan.

Perusahaan yang juga milik keluarga ini telah memulakan perladangan dengan hanya  menanam 100 anak pokok liar di ladang yang terletak di Kuala Kangsar, Perak. Sejak itu, RAL Plantations telah bekerjasama dengan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan beberapa ahli sains tempatan untuk mengkaji keajaiban pokok-pokok spesis Aquilaria ini.

Kini, ladang kami mempunyai lebih 10,000 pokok Gaharu (dan masih membesar dan berkembang!)  yang terdiri daripada 4 spesies Aquilaria dengan merangkumi lebih 20 ekar. Permintaan pasaran yang semakin meningkat telah mendorong pihak syarikat untuk bekerjasama dengan TPM Biotech Sdn Bhd dan Nutraherbs Sdn Bhd dalam memperluaskan rangkaian produk termasuk LEAFLIFE Teh Herba Gaharu di kalangan produk-produk lain yang telah sedia ada seperti teras kayu, produk penjagaan diri, anak benih, baja dan racun serangga/perosak.

RAL Plantations juga sedang berkongsi kepakaran dalam bidang ini melalui usahasama dengan usahawan-usahawan kecil tempatan mengenai penanaman tumbuhan yang sangat berharga tersebut. Pihak syarikat juga telah dijemput untuk mengendalikan kursus penanaman Gaharu atas dasar pengetahuan teknikal dan komitmen dalam memelihara kesinambungan spesis Aquilaria ini.

Kini kami mempunyai 5 jenis Aquilaria dengan kemasukan terkini dan penanaman 10 pokok Aquilaria Agallocha lagi. (spesies mirip dengan Sinensi tetapi lazimnya berada di India).