Pilih Bahasa :   

Tentang Teh Herba Gaharu LEAFLIFE

 

Teh Herba Gaharu LEAFLIFE

LEAFLIFE Gaharu teh herba diperbuat daripada 100% daun dan ranting pokok yang paling berharga di dunia, iaitu pokok gaharu. Hanya daun dan ranting terbaik sahaja yang dipilih dari pokok Aquilaria Sinensis (spesies Gaharu) dalam pengeluaran teh ini, supaya anda sebagai pengguna memperoleh manfaat yang menakjubkan darinya. Di Asia, daun Gaharu merupakan bahan utama dalam pembuatan teh, dan rantingnya pula dijadikan sebagai ginseng oleh sinseh dan pakar perubatan tradisional. Namun, kami di sini telah membawakan hasil gabungan terbaik daun dan ranting dengan mengadunkan kedua-duanya sekali ke dalam satu cawan yang lazat dan penuh kebaikan khas untuk anda!

Kandungan antioksidan dalam teh gaharu bukan sahaja mampu memikat hati wanita untuk kekal lebih cergas, namun segelintir lelaki yang telah mencuba teh ini mendapati diri mereka "bertenaga" dengan keberkesanan afrodisiak. Campuran khas ini juga dapat membantu untuk mengurangkan paras gula dalam darah bagi mereka yang menghidap kencing manis.

Personali-tea!

Teh Herba Gaharu mempunyai aroma kayuan yang menyenangkan yang menenangkan jiwa. Seteguk teh ini mampu melancarkan deria anda dan membantu mengembalikan semula keseimbangan dalaman anda. Ia diperbuat daripada 100% daun Gaharu tulen, tiada bahan pengawet, tiada pewarna tiruan, gula dan bebas dari kafein!. Ia boleh diminum bila-bila masa setiap hari, kerana ia tinggi dengan kandungan antioksidan dimana baik untuk seluruh tubuh badan anda.

Cara Proses

Daun yang telah dipetik disusun mengikut beberapa bahagian di mana hanya daun segar yang berkualiti tinggi sahaja akan dipilih. Daun-daun tersebut kemudiannya dibersihkan & dikeringkan sebelum dihantar ke loji pemprosesan  yang terletak di Semenanjung Malaysia. Teh ini dihasilkan dengan bantuan peralatan makmal ‘state-of-the-art’ dan turut menjalani kawalan kualiti yang ketat untuk memberikan anda kenikmatan Teh Herba Gaharu LEAFLIFE yang hebat.

Format

Teh Herba Gaharu ini dijual dalam 10 uncang teh dalam satu kotak (1.5 gram). Kami sedang berusaha keras untuk membawa anda merasai lebih banyak kebaikan dalam bentuk teh supaya anda boleh menikmati sendiri keaslian daun Gaharu seperti yang sedia ada.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh e-mel kepada  kami ataupun dengan membuat panggilan telefon. Kami di sini sangat gembira dan berbesar hati untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda!

Cara Penyediaan

Tuangkan 220ml air panas ke atas uncang teh dan biarkan ia direndam selama 1-2 minit di dalam teko. Boleh dimaniskan dengan menambah satu sudu madu jika anda suka, atau diminum begitu sahaja. Selamat mencuba!