Pilih Bahasa :   

Tentang Kopi Herba Gaharu LEAFLIFE

 

Kopi Herba Gaharu LEAFLIFE

Pokok karas atau Gaharu, yang juga dikenali sebagai "emas hitam belantara ", adalah salah satu daripada pokok-pokok yang terkenal dengan pelbagai ciri-ciri dan kegunaannya yang meluas. Walaupun umumnya ia dikenali kerana resin dan minyaknya yang bernilai, daun Gaharu juga telah digunakan sebagai ubat tradisional di China. Ia menyegarkan, bebas gula campuran daripada biji kopi Arabica yang halus dan ekstrak daun gaharu yang akan menyenangkan anda pada bila-bila masa.

Coffee-tastic!

Kopi ini sendiri mempunyai aroma kayu yang menyenangkan dan menenangkan jiwa. Seteguk kopi yang berasa halus ini akan melegakan deria anda dan mengembalikan keseimbangan dalaman anda. Sangat sesuai untuk diminum pada bila-bila masa, ianya yang tinggi dengan antioksidan dimana mendatangkan kebaikan untuk kesejahteraan anda secara keseluruhannya.

Cara Proses

Daun yang telah dipetik disusun mengikut beberapa bahagian di mana hanya daun segar yang berkualiti tinggi sahaja akan dipilih. Daun-daun tersebut kemudiannya dibersihkan & dikeringkan sebelum dihantar ke loji pemprosesan  yang terletak di Semenanjung Malaysia. Kopi ini dihasilkan dengan bantuan peralatan makmal ‘state-of-the-art’ dan turut menjalani kawalan kualiti yang ketat untuk memberikan anda kenikmatan Kopi Herba Gaharu LEAFLIFE yang hebat.

Format

Kopi Herba Gaharu kami ini dijual dalam 10 paket dalam satu kotak (25 gram setiap satu paket). Kami bekerja keras untuk membawa lebih banyak kebaikan supaya anda boleh menikmati daun yang penuh dengan khasiat ini.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh e-mel kepada  kami ataupun dengan membuat panggilan telefon. Kami di sini sangat gembira dan berbesar hati untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda!

Cara Penyediaan

Tuangkan satu sachet ke dalam air panas 200ml. Kacau dan sedia untuk diminum.