Pilih Bahasa :   

  • Gaharu adalah suatu damar yang terbentuk di dalam pokok dari spesis Aquilaria. Para pedagang dari negara barat sejauh Maghribi dan dari sejauh Jepun sudah lama merantau ke Kepulauan Melayu dalam usaha mencari komoditi yang sangat bernilai ini.
  • Gaharu juga dikenali dengan pelbagai nama lain:
a. Bahasa Arab: Oud (عود)
b. Bahasa Cina: Chénxiāng (沉香)
c. Bahasa Jepun: Jinkō (沈香)
  • Pembentukan damar Gaharu ini terjadi dalam keadaan yang sangat unik. Damarnya hanya akan terbentuk apabila pokoknya dijangkiti sejenis kulat. Akibat serangan jangkitan, pokok tersebut akan membentuk damar yang wangi di dalam batang pokok di mana nilainya begitu berharga kerana wangiannya yang unik.
  • Bagi pengamal  budaya Timur Tengah mereka akan membakar Gaharu untuk menghidupkan suasana rumah dan tempat kerja. Di China dan Jepun, ia diukir dan dijadikan perhiasan rumah kerana apabila kena pada suasananya, bauan Gaharu tersebut akan meresap ke seluruh rumah walaupun tanpa dibakar. Di negara-negara barat pula, pembuat minyak wangi akan memasukkan Gaharu melalui proses penyulingan bagi mengeluarkan minyak yang terkandung untuk dijadikan minyak wangi.
  • Dalam usaha mendapatkan hasil Gaharu tanpa membahayakan keberlangsungan spesisnya, manusia sudah mula menyuntik pokok Aquilaria yang ditanam dengan mikroorganisma untuk merangsang pembentukan Gaharu. Sama ada ia datang secara semulajadi dari hutan atau ditanam dan disuntik oleh pengusaha, Gaharu kini kekal sebagai satu komoditi yang mendapat permintaan tinggi.
  • Komoditi ini sangat tinggi permintaannya sehinggakan spesis Aquilaria kini dilindungi dari kepupusan dan telah diletakkan di bawah Lampiran II, Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesis Terancam Flora dan Fauna (CITES). Perdagangan hasil spesis Aquilaria adalah dibenarkan tetapi ia memerlukan dokumen-dokumen yang sah menurut undang-undang.
  • Kajian yang dilakukan ke atas pokok-pokok Aquilaria telah menunjukkan bahawa ia mengandungi beberapa faedah perubatan. Antaranya adalah:
  1. Membantu mengurangkan kadar gula dalam darah
  2. Mengurangkan tekanan darah tinggi
  3. Bertindak sebagai antioksidan
  4. Merangsang tenaga batin
  • Ramai pengguna Teh Herba Gaharu LEAFLIFE telah melaporkan maklumbalas yang baik berkenaan faedah-faedah tersebut manakala yang lain melapor bahawa ia menguatkan daya ingatan dan tubuh badan mereka.
  • Sejarah manfaat perubatan Gaharu telah ada semenjak dari seribu tahun yang lalu. Pengumpul hadith, Muhammad ibn Ismail al-Bukhari atau lebih dikenali sebagai Imam al-Bukhari menulis: Diceritakan oleh Um Qais :

Aku berjumpa dengan Rasulullah bersama anakku yang kutekan lelangit dan tonsilnya dengan jariku  sebagai rawatan satu penyakit tekak dan tonsil. Nabi berkata, “Kenapa kau sakiti anakmu dengan menekan tekaknya? Gunakanlah Oud al-Hind Gaharu kerana ia menyembuhkan tujuh penyakit, salah satunya pleurisy. Ia digunakan sebagai hiduan bagi merawat penyakit tekak dan tonsil dan dimasukkan ke dalam satu belah mulut orang yang kesakitan pleurisy.